Prinsip Asas Grafik 2

Pengenalan


Penggunaan jenis warna yang dinamik boleh memainkan peranan penting dalam penghasilan bahan grafik. Rekabentuk yang menarik sahaja tidak cukup untuk menarik perhatian pengguna jika tidak disertakan dengan warna yang sesuai. Pemilihan kombinasi warna tertentu perlu diberikan keutamaan dalam penghasilan bahan grafik. Kombinasi yang bukan daripada famili warna sesuai mungkin akan merosakkan hasilan grafik tersebut. Begitu juga kombinasi latar belakang dengan objek atau huruf tertentu dapat menambahkan tarikan terhadap hasilan grafik. Oleh yang demikian teori warna mengenai roda warna, aspek-aspek warna, skema warna dan sebagainya perlu dikuasai dengan baik oleh pereka grafik.


Objektif


Mengaplikasi penggunaan warna sesuai dalam menghasilkan bahan grafik





Teori Warna


Objektif


1.   Mengenal roda warna dengan lebih jelas

2.   Membezakan aspek-aspek warna mengikut emosi tertentu

3.   Mengenal skema-skema warna asas

4.      Memilih warna sesuai dalam menghasilkan hasilan grafik.




Warna Panas

Warna merah atau oren pada saturation yang optimum. Menunjukkan kuat dan agresif. Boleh dilihat dengan mudah serta cepat menarik perhatian. Ianya boleh bermaksud cinta atau perang.





Warna Sejuk

Warna biru pada saturation yang optimum. Ianya disamakan dengan ais atau salji. Menunjukkan ketenangan diri. Boleh membawa maksud boleh dipercayai.



Warna Dingin


Warna biru dicampur dengan warna kuning. Ini menghasilkan warna hijau, biru-hijau atau kuning-hijau. Menunjukkan kesegaran dan/atau ketenangan.



















Selain daripada itu terdapat juga beberapa warna jiwa yang lain seperti :

Warna Hangat   :     Warna merah dengan tambahan warna kuningDisesuaikan dengan warna makanan. Menunjukkan ketenangan dan peramah.
             
Warna Pucat     :     Terdapat banyak warna putihWarnanya kelihatan pucat dan hampir transparent. Menggambarkan udara dan angin. Menyebabkan objek/ruang kelihatan lebih besar.Boleh menyebabkan kita merasa mengantuk. Boleh juga mengwujudkan suasana rehat dan bersantai.

Warna Gelap     :    Terdapat banyak bahagian yang mengandungi warna hitamBoleh juga terdiri daripada warna merah gelap, coklat gelap atau hijau gelap. Sesuai untuk orang tua.

Warna Terang   :    Warna yang tiada warna hitam. Boleh juga terdiri daripada warna biru, merah, kuning dan oren yang terang dan pada tahap saturation yang optimum. Senang menarik perhatian. Menggambarkan kegembiraan dan kesenangan. Ianya selalu digunakan oleh kanak-kanak dan remaja. Sesuai untuk fesyen, pengiklanan danpembungkusan hadiah.

 


Skema Asas Warna


Warna-warna mempunyai skema tertentu, seperti Skema Primer, Skema Sekunder dan Skema Tertiar.

Skema Primer terdiri daripada tiga warna utama, iaitu merah, biru dan kuning.










 

 

 

 

 

 


 


Skema Sekunder pula adalah terdiri daripada warna violet, oren dan hijau.


§         Violet    - adalah campuran warna primer merah dan biru
§         Oren     - adalah campuran warna primer merah dan kuning
§         Hijau     - adalah campuran warna primer biru dan kuning




               



Warna tertiar terdiri daripada enam warna iaitu Merah-Violet, Merah-Oren, Biru-Violet, Kuning-Oren, Biru-Hijau dan Kuning-Hijau. Kesemuanya adalah hasil daripada kombinasi warna-warna sekunder.


Terdapat juga skema warna lain seperti :


Skema complementary         :       yang  terdiri   daripada warna yang  bertentangan dalam roda warna.

Skema complementary terpisah : yang terdiri daripada satu warna (hue) dan dua    warna di kiri dan kanan warna   complementarynya  dalam  roda warna.

Skema bertembung             :         yang  terdiri  daripada satu warna (hue) dan mana-mana  satu warna di kiri atau kanan warna
                                                            complementarynya dalam roda warna.

Skema analog                       :         yang terdiri daripada tiga warna yang berturutan (consecutive) dalam roda warna.

Skema monokromatik        :         yang terdiri daripada satu warna (hue) dengan warna yang lebih cerah atau lebih gelap dalam  
                                                            famili yang sama.

Skema akromatik                 :         yang terdiri daripada hanya warna hitam, putih atau kelabu.

Skema neutral                        :        yang terdiri daripada satu warna yang semakin berkurangan warnanya atau yang telah
                                                            dinutralkan dengan tambahan warna hitam dan warna complementarynya.





Alat-alat Mewarna






1- Pensil Warna                            2- Cat


3- Krayon                                      4- Cat air



5- Magic pen







No comments:

Post a Comment